Apa itu Kismis?



Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Akibat proses penyahidratan tersebut saiz kismis menjadi
lebih kecil dari saiz anggur yang sebenar.

Walaupun kering, kismis dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain buah prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Kandungan nutrisi di dalam kismis

Antaranya ialah:

Garam mineral

Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.
Vitamin-vitamin

Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan.
Khasiat Kismis:

Meningkatkan daya pemikiran otak
Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Antioksida
Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit supaya cantik berseri.

Gigi sihat dan kuat
Selalunya bahan manis akan menyebabkan gigi rosak,tetapi tidak pada kismis. Ia langsung tidak menyebabkan berlakunya kaviti dan penyakit gusi, bahkan akan menyebabkan gigi menjadi sihat dan kuat kerana mengandungi ia mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.

Mengurangkan sembelit
Serat yang tinggi dalam kismis adalah sangat bermanfaat untuk pencernaan berjalan dengan lancar. Satu cawan kismis mengandungi kira-kira 10g serat yang boleh membantu anda mengeluarkan bahan-bahan toksik yang berbahaya dengan membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air.

Mengurangkan tekanan darah tinggi
Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Menguatkan tulang
Kismis mengandungi kerana fiber dan asid tartaric yang membantu menguatkan tulang.



Khasiat kismis yang lain:

Melindungi hati.
Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
Membantu mengurangkan stress.
Membantu merawat penyakit anemia.
Membantu meningkatkan memori dan hafalan.
Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan.
Membantu merawat masalah sembelit.
Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
Membantu sebagai penerang hati.
Membantu memulihkan keletihan saraf.
Membantu merawat masalah anak hyperaktif.





No comments:

Post a Comment